Hai u'olls. Lama tak post entri kat blog ni. Kenapa tetiba nak post? Taktaulah, mungkin sebab inspired by trend kat uni kebelakangan ni, sejak ada orang yang post dekat Dcard tanya kalau ada yang tau cerita seram dekat u. Ke mungkin sebab semalam saya meet kawan Malaysia dekat makmal komputer dan kitaorang pun mula sembang pasal Malaysia, and ada juga la guna Bahasa Melayu ni sikit. Kalau ada pembaca or follower blog ni yang kenal saya dari zaman budak hingusan sekolah menengah dulu, mungkin korang ada perasan yang bahasa melayu saya guna sekarang ni semakin (formal?) haha. Mungkin sebab dah lama duduk luar negara ni, dah lama tak kecek utaqa, atau sebab semalam masa sembang dengan kawan saya, kitaorang perasan yang kalau kita cakap loghat negeri masing-masing, memang tak faham tengah cakap apa. Bagi yang tak kenal, saya ni budak Penang, dah dekat empat taun belajaq kat Taiwan. Kawan saya tu dari Sarawak, kenal kat Taiwan. Bile saye mule gune eee nie, die kate "Hmm memang West Malaysia punya bahasa Melayu sangat saye saye ni."
Anyway, back to the topic. Kalau cakap pasal cerita seram ni, memang topik hangat la kan kalau ada camp, atau apa-apa aktiviti waktu malam, atau bila duduk hostel, banyak yang suka cerita bab-bab seram ni. Pastu takut nak tidur, atau mulalah pergi tandas satu bas ramai-ramai dua tiga hari lepas tu. Kalau sembang bab-bab cerita seram ni, memang pergi mana pun ada cerita. Either cerita tu benar-benar wujud, atau cerita yang senior-senior sengaja reka nak takutkan junior, atau ada juga cerita yang memang wujud, tapi last-last yang sampai telinga kita cerita yang dah ditambah garam gula. Ada sekolah yang memang banyak sangat cerita seram, tak kiralah sekolah rendah, sekolah menengah atau uni. Biasanya sekolah lama, mungkin sekolah-sekolah yang dah lebih seratus tahun dua ratus tahun ni la yang menakutkan. Ada juga yang dari sekolah-sekolah yang dekat dengan tanah perkuburan ka, hospital ka, atau tanah tu dulu tanah perkuburan atau hospital.
Kalau nak banding dengan kawan-kawan sekelas ni, rasanya cerita saya kira banyak juga la, tadika depan kubur, sekolah rendah depan kubur, sekolah menengah dah lebih seratus tahun, belakang sekolah hospital bersalin. Kalau tak silap, sekolah ni dulu hospital juga. Kalau ada yang tau boleh komen kat bawah sebab saya ni tak la sampai curious sangat nak cari info atau nak pergi tengok sendiri kalau ada orang yang bagitau cerita seram ni. Dah tau seram, nak pergi lagi buatpa, memang cari pasal la ni. Sekarang ni saya belajar kat Taiwan. Sekolah saya kawasan bukit ya kawan-kawan. Dah tau bukit ni, memang cerita seram dia banyak la kan. Dan kalau fikir balik, biasanya atas bukit ada apa? Kubur. Pastu dah diaorang bina sekolah kat situ. Lawak juga la bila baca komen-komen kat post tu. Tengah-tengah uni saya ada trek, dan tengah trek tu rumput palsu. Ramai yang suka tidur kat situ waktu malam. Sebab tu bila bab kubur ni diungkit, ada yang komen, "saya selalu baring sorang-sorang tengah padang. Rupa-rupanya yang baring kat situ bukan saya sorang." It's like oh my god bila fikir balik menakutkan juga, walaupun memang lucu.
Dah buka topik ni, saya nak tamatkan post kat sini. Jangan marah yaaaa yang baca ni XDDD kalau ada yang nak tau cerita-cerita seram ni mungkin saya taip dekat post lain. Ni baru boleh bagi detail sikit kan, dah cerita seram ni lagi seram kalau tau detail dia. Atau yang baca post ni korang ada cerita seram nak share, boleh komen kat bawah, kita trade sikit cerita seram XD
Tenkiu dan kita jumpa lagi in my next post yang tak tau bila kan wujud.
YS masih di TAIWAN ya kat sana xjumpa hantu lompat2 ka gurau ja
BalasPadammana2 U pun, mesti ada kisah seram makcik jual nasi lemak yg tersendiri
BalasPadamLama tak post tetba post certa hantu. haha. Saja menjenguk rakan blogger lama. Dah masuk unverst dah ye
BalasPadamlol i come here to read ghost story but baca baca sampai akhir takda cerita. dengar u merapu tentang uni u jee. anywayyy missss uuu
BalasPadamterima kasih informasinya
BalasPadamVisit Us
Pergh!! seram pula baca..
BalasPadamOwh.. Masih di Taiwan ye..