Stay connected kay? ^^

08 Februari 2018

Book Review : The Hunger Games

The Hunger Games

Walaupun The Hunger Games ni dah lama dan memang femes, tapi nak juga buat review sebab baru saja habis baca buku dia. Movie pun ada tau!

So far jalan cerita Yun Sing bagi rate 5/5 memang terbaik la. Baca sampai keluar peluh sejuk mengigil-gigil uolls. Yang hati tak kuat jangan baca (Ehe tak la, gurau ja. Kalau nak baca, tak halang).

Cerita dia ni pasal dulu masa Zaman Gelap 13 district yang bawah kawalan Capitol memberontak, nak jatuhkan kerajaan Capitol ni dan merdeka sebab tidak dilayan dengan adil. Lepas tak jadi nak jatuhkan kerajaan ni, district 13 musnah dan kerajaan buat hunger games ni untuk ingatkan semua district siapa yang paling berkuasa. Peraturan dia camni : Setiap tahun akan ada Hunger Game ni, budak2 dari setiap district (district 1 sampai district 12) yang berumur 12 tahun sehingga 18 tahun akan dipilih sorang pompuan sorang laki untuk turut serta. Yang kena pilih WAJIB serta. 24 peserta ni akan dilatih untuk satu jangka masa dan ditempatkan ke dalam arena. Depa semua ni akan saling membunuh. Sorang yang tinggal masa akhir game (Last Man Standing la katakan), district dia akan femes dan famili dia akan kaya.

Watak utama cite ni nama dia Katniss Everdeen (16 tahun). Katniss ni wakil adik dia Prim Everdeen (12 tahun) yang terpilih untuk serta dalam Hunger Games. Katniss sayang sangat Prim dan tak sanggup biarkan adik dia masuk arena. Katniss selalu memburu kat hutan so dia pandai memanah. Dari district 12, Katniss dengan Peeta merupakan peserta dalam game. Katniss yang cerdik mampu bertahan dalam game dan mendapat skor tertinggi dalam latihan sebelum game. Dapatkah dia hidup sampai habis game ni? Haa.. baca! (Haha)

Sipnopsis

Sekian sahaja review hari ni.

6 ulasan:

  1. Menakutkan betul cara game tu... Tapi macam best jer. Nanti nak cari. Sebelum terlupa, Happy CNY yer Yun Sing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari, cari.. Tak rugi baca. Kekadang cite ni sedarkan kita untuk bersyukur akan nikmat kita ada sekarang :')

      Thanks ^^

      Padam
  2. MESTI SERONOK DIBACA BUKU NI

    BalasPadam
  3. akak tengok movie je Yunsing.. jenis malas bace buku hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yun Sing pown comtu gak, sebab tu la sudah lama movie dia keluar, baru sekarang nak baca buku dia..

      Padam