Kisah Hidup Budak Blogger:
So harini kita mao cakap pasal depression. Depression tu kemurungan ya. According to Google..
Depression (major depressive disorder) is a common and serious medical illness that negatively affects how you feel, the way you think and how you act. Fortunately, it is also treatable. Depression causes feelings of sadness and/or a loss of interest in activities once enjoyed.
Banyak juga sumber yang mengatakan ianya sebab kimia dalam otak. Okay, yang ni sy tak pasti sangat so kalau siapa yang pakar pasal ni boleh komen ya, sharing is caring. Biasanya ia sebab tekanan dalam hidup.
So depression ni macam mana sebenarnya?
Kemurungan tu bezanya dengan kesedihan kerana kesedihan tu mungkin disebabkan oleh sesetengah perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Ataupun rasa sedih yang sementara. Namun, kemurungan tu kesedihan untuk jangka masa yang lebih panjang. Seseorang yang menghadapi kemurungan akan hilang minat dalam melakukan apa pun, walaupun perkara tersebut merupakan minatnya suatu masa dahulu. Dan kesedihannya tidak mempunyai sebab yang tertentu. Semua perkara dalam hidup nampak seperti tidak bermakna dan setiap yang berlaku mungkin nampak sedih (contoh: menangis apabila nampak adik sapu lantai walaupun takde apa yang sedih pasal tu).
Antara simptomnya:
- Hilang minat
- Sentiasa murung dan sedih
- Tidak mempunyai perasaan lagi (numb)
- Diet berubah (mungkin makan terlalu banyak atau terlalu sedikit)
- Tidur terlalu banyak atau terlalu sikit (insomnia)
Kalau anda tau simtom lain boleh komen ya.. Sebab sy bukan pakar dan hanyalah manusia biasa yang pernah mengalaminya. Sy banyak cari maklumat juga sebab memang dari kecil minat topik begini.
To be honest, sy tak ingat sangat rasa tu. Harapnya ramai yang akan sedar yang depression ni sesuatu yang sangat menyakitkan jiwa dan raga (amboi, punya jiwa dan raga). So kalau ada kenal sesiapa yang ada masalah ni.. just, don't give up on them.
1. Jangan compare masa korang sedih dan sebab kesedihan korang dengan kesedihan mereka sebab mereka tidak memilih untuk berasa sedih. Ini akan membuatkan mereka berasa bersalah kerana masalah mereka tidak seteruk masalah anda tetapi mereka masih sedih (bila mereka mula ragu dan rasa mereka tidak mempunyai hak untuk berasa sedih).
2. Jangan salahkan mereka. Mereka yang menghadapi kemurungan memang sentiasa menyalahkan diri.
3. Jangan tanya kenapa. Sebab mereka tak tau.
So, ya. Ni ja yang sy boleh bekalkan sebab tak ingat sangat. Macam kena amnesia pula (ahaha).
Tolong betulkan ya kalau ada apa yang sy taip ni anda rasa tak betul. We're all human, we make mistakes and I'm learning :)
Video ni sy rasa paling bagi impak. Watch it :)
Nota kaki: I'm fine now. Never had it medically certified tho. We are all fighters. Life is too beautiful to ignore :)
Kalau kita rasa kita atau yang terdekat dengan kita ada masalah depression, kita kena cuba dapatkan rawatan.. Sebab risiko dia kalau dibiarkan memang bahaya.. Semoga yin sing terus ceria dan bersemangat..
BalasPadamJangan biar diri dilanda kemurungan tau... Nanti akan effect seluruh kehidupan kita...
BalasPadamBahaya klu kemurungan berpanjangan.. Moga kite terhindar dari semua tu
BalasPadamDepression is real. Mai rasa sakit hati dengan manusia2 yang taknak faham tentang masalah depression ni tapi kerja nak kecammmm saja. Orang macam tu la punca terbesar masalah depresi.
BalasPadamSetuju sangat
PadamSaya pernah terasa macam nak mati masa sekolah rendah dulu, taktau kenapa. Padahal saya tak rasa saya sedih. Cuma asyik datang kat otak, esok mati camtu. Bila dah besar baca tanda kemurungan ada sebut selalu rasa nak mati..kemurungan kot masa kecik tu
BalasPadamMasa kecil dulu pernah gak rasa camtu. Bila waktu maghrib ja sedih sangat. Masa malam nak tidur tu ternampak kubur, nampak keranda. Dah besar ni xde dah..
Padamsaya belum lagi je tahap depression..
BalasPadamcuma kadang-kadang rasa emptyness sahaja..
itulah kalau dah jadi lone ranger semula
Harap sape sape yang tengah depressed tu akan ok balik macam dulu, tu je.
BalasPadam