Stay connected kay? ^^

08 April 2018

Yeay or Nay

Hi, maaf ya tajuk pelik sikit. Ni harini pasal pembaziran makanan. Siapa yang biasa bazir makanan? Oh iye ke, tak baik tau. Siapa yang ada fobia buang makanan macam sy? Angkat tangan, nak tengok sat geng kat mana. Hahaha!

Sebenarnya sy dari kecil memang dididik supaya tak bazir makanan. Tabiat ni kekal sampai sekarang. Kalau betul-betul ada scene nak buang makanan memang banyak drama (hahaha). Tak pernah nak buang sendiri. Biasanya orang lain yang tolong buangkan. Tak sampai hati. Kalau kat rumah ada makanan lebih gitu, memang my mum ty simpan bagi makan ayam. Kalau kat luar memang xdela nak simpan bagi ayam. My mum bagi kat orang dekat ngan pasar, ada ayam. Ni sy nak cari ayam kat mana ooi.

Pernah sekali masa Tingkatan 2 pergi Genting Highlands dengan pasukan pancaragam sekolah. Makanan punya banyak, semua tak habis makan. Kalau bilik lain memang buang ja la ceritanya. Bilik kami ada 5 orang. Semua makan sampai tak larat, pi tidur dah. Tu ada lagi 7 bungkus nasi ayam dan berpuluh-puluh kotak aiskrim (kecik ja la). Sy pown duduk kat lantai bilik tingkat 19 tu, makan sampai pukul 3 pagi, sampai nak termuntah-muntah dan akhirnya tertidur kat situ peluk bungkusan nasi. Ha, bayangkan. Ya, gambaran tu. Hahaha. Teruk kan, fobia buang makanan sy.

Tak habis lagi

Ni nak belanja gambar


Jangan muntah. Tu ayam biasa ja. Yang baru ja rosak. Rupa dia macam tu sebab dah pernah gigit and letak beberapa jam kat situ.

Ni dah sampai Taiwan dah mula kuliah memang assignment bertimbun la. Sudah jadi kebiasaan tapau nasi balik asrama. Ni tinggal sikit, pastu buat assignment sampai naik katil, bangun pukul 4 pagi jadi la begini. Dah macam rosak. Tak nak buang T-T

So, makan ke buang?

Yeay or nay?

9 ulasan:

  1. Dah rosak jangan dimakan. bahaya. terutama sekali ayam, kuman salmonella kalau terkena memang teruk

    BalasPadam
  2. fobia buang makanan ke? fobia sebab apa ye? tak cerita pun. fobia atau habit sebenarnya? hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habit yang last2 jadi fobia. Hahaha

      Padam
  3. Zumal pun tak suka buang makanan, kalau tak habis bagi kucing jiran makan. Selalu kalau beli makanan memang makan sampai habis dan kalau ramai-ramai, Zumal tukang perhabis. Sebab tu la terlebih sihat jadinya. Sekarang tinggal sorang beli yang nak makan je. Makanan lama kalau tak habis juga kena buang yer YS nanti keracunan...

    BalasPadam
  4. kalau dah tak elok, buang ajelah

    BalasPadam
  5. Fuhhhh tak pernah lagi jumpa orang macam ni. Takut jugak nak buang makanan tapi kalau dah tak okay tu buang je la daripada sakit perut

    BalasPadam
  6. Sampai pukul 3 pagi seriously?? Memang sayang nak buang makanan that's why selagi boleh makan, makan je sampai habis hehe

    BalasPadam
  7. Kalau dha nak basi sangat, memang buang la jawabnya..tapi Nona pun sayang nak buang, biasanya akan cuba habiskan.. rugi lak rasa kalau buang, kecuali rasa terlampau masin, makan tetap makan cuma takleh habis...

    BalasPadam
  8. Aipppp jgn makan makanan yg rosak awak...Nanti sakit perut...

    BalasPadam