Stay connected kay? ^^

06 April 2018

The Motivation

Hi, pekhabar semua? Lama dah sy tak update entri personal. Kali ni nak share cara saya motivate diri. Anyway, bagi yang nak kenal penulis blog ni, boleh la baca kisah hidup kat sini (amboi)..

Kisah Hidup Budak Blogger:

Kay, back to the topic. Pernah tak anda rasa down semacam.. Malas, letih, dan terbabas dari jalan menuju kejayaan? Kita bagi contoh la ya, yang paling simple dan rasanya semua orang pernah lalui : Bila malas buat homework.

Alamak.. assignment kena buat.. Paperwork kena habiskan.. Nak kena masak, anak-anak nak balik dari sekolah dah.. Pertandingan dah dekat, kena berlatih.. Tapi.. tapi.. TAK ADA RASA NAK BUAT TU SEMUA PUN!!!

Apa yang korang akan buat kalau memang demotivated sangat macam tu? Share ya dekat komen :)

Har? Atau tak pernah pun rasa demotivated? Seriously?!

Okay..

Kalau sy, biasanya motivation datang dari cerita. Ya, betul.. cerita.. Don't get it? Let me give you an example.

Sekarang ni, as a student kat Taiwan, sy banyak assignment dan pada masa yang sama, sy kena belajar bahasa Cina. Sebab memang tak tau langsung. Dan kat sini semua Mandarin. Lebih teruk lagi, ada periksa bahasa Cina. HOMAIGADDD.. Ada masa tu memang rasa sedikit demotivated. Kalau rasa down sangat, sy tengok balik part cite yang bagi semangat.

Ni extract dari anime Skip Beat episod 7


Part ni pasal shooting untuk drama. Dua pelakon wanita ni tengah bertanding siapa yang paling sesuai melakonkan watak dalam drama. Yang pakai kimono maroon tu nama Kyoko dan yang pakai kimono pink nama Ruriko. Sebenarnya part ni sy nak tunjuk korang semangat Kyoko. Kakinya terseliuh masa bawa Ruriko naik bukit. Masa tu memang sakit sangat sampai takleh gerak. Bayangkan sakitnya. Tapi, Kyoko tidak mahu mengalah. Dia tetap berlakon scene yang kena duduk bersimpuh gitu, di mana segala berat badan diletakkan atas kakinya yang sakit.

01:11
Kyoko teringat masa dia kecil dulu, bila dia menetap kat rumah seorang rakan yang keluarganya buat bisnes. Ibu rakannya ajar dia cara jalan dengan betul pakai kimono, cara hidangkan teh cara tradisional dan sebagainya. "Kyoko, selagi ada tetamu, kamu kena senyum tak kira apa pun yang terjadi. Tidak kira betapa sakitnya kamu masa tu, kamu tidak boleh tunjukkan pada tetamu." "Tetamu.. yang berada di depan saya ni.. tetamu!" Kyoko menganggap pelakon lelaki di hadapannya tetamu, di mana dia tidak boleh tunjukkan betapa sakit kakinya. Tidak kira apa pun yang terjadi, dia kena senyum dan melayan tetamu.

01:37
Sebaik sahaja pengarah jerit ACTION, Kyoko bangkit duduk dan mula berlakon. (That's the spirit, gurl!)

01:53
A: Dia senyum.
B: Mungkin kakinya tak terlalu sakit seperti yang kita sangka.
Pengarah: Kakinya memang sakit. Dia punya ketabahan tahap profesional.

--- LAKONAN ---

07:00
"Berusaha ya, Kyoko. Kamu kena bertahan sehingga tetamu berdiri." Kata-kata emak Sho bermain dalam fikirannya. "Sedikit lagi. Sedikit sahaja lagi." Kyoko masih bertahan walau apa pun yang berlaku.

07:32
"Kamu dah lakukan sebaiknya. Sudah cukup, Kyoko. Tolong berhenti sekarang!" "Kamu dah boleh berhenti sekarang. Dengar tak?" "Tak, tak boleh berhenti di sini. Saya takkan tinggalkan posisi ini sehingga ianya berakhir."

07:57
Kata-kata Kyoko mengingatkan Ruriko tentang dirinya semasa baru debut. Ruriko yang makin lupa diri lepas terkenal teringat pada dirinya yang tidak pernah berhenti mencuba dan sentiasa buat yang terbaik. "Saya terlupa akan perasaan saya ketika itu."

08:22
"Kyoko, tak mengapa. Saya nampak semangat kamu." "Tetamu.. Tetamu.. masih di sini. Selagi tetamu masih di sini, saya takkan berdiri." Ren (pelakon lelaki tadi) terkejut lalu turun pentas dengan segera. Kyoko yang dah lama bertahan (6 minit lebih tu) terus pengsan.

Nampak tak semangatnya? Hebat, kan? Okay. Ni salah satu cite yang sy tengok ja, ya. Ada banyak lagi (hehehe). Yang berminat tengok anime ni, tajuknya Skip Beat. Skip Beat ni dah lama ya, ada manga, anime dan drama. Drama lakonan Korea dan Taiwan. Esok lusa sy review ya.

Image result for skip beat
Anime

Image result for skip beat drama
Drama

The end of my sharing. Korang yang baca ni, ada tak penyakit yang sama dengan sy? Bila down tengok drama? Hahaha! Atau ada tak apa-apa cara lain korang naikkan semangat? Komen kat bawah ya. Sharing is caring :)

Till then. Byeee!

5 ulasan:

  1. saya kalau terlalu down...saya jadikan blog untuk motivate saya balik :)

    BalasPadam
  2. Naikkan semangat yang down teruk tu, ingat dekat parents and Tuhan.. Memang basic sangat cara naikkan semangat saya 😅

    BalasPadam
  3. skip beat beat beat. lalala :D

    BalasPadam
  4. Bila demotivated biasanya akan take a break, spend a few hours jalan-jalan kat mall, tengok benda-benda yang kita boleh beli kalau ada duit, pastu OK la.haha

    BalasPadam
  5. Dah lama tak tengok anime. Nak layan drama masa down memang tak sempat, so layan lagu je :D

    BalasPadam