Stay connected kay? ^^

20 Disember 2013

24 Jam



Hai semua =) Sihat tak hari ini? Kalau sihat, bagus laa.. Kalau tak sihat, cepat-cepat makan ubat ya ^_^



Ada yang pelik tak baca tajuk entri hari ini? 24 jam? Apa dengan 24 jam? Jam bukan kira botol ke? Kihkihkih.. tuh pemikiran orang pelik macam kami.. Jangan marah kalau terasa ^_^ Sebab kami gunakan diri sendiri sebagai contoh =P

Ok. Sebelum kami melalut jauh lagi.. Pernah tak korang rasa masa 24 jam sehari macam tak cukup untuk korang? Itulah yang kami dok rasa kebelakangan ini ^_^ To do list in the progress.. Ibu kami pun busy semacam.. anak sedara mai dah.. umur 3 bulan kot.. haha..

Nak cite pasal dia tuh entri nanti panjang tak habis-habis.. so kami stop sini. Lain hari kalau berkesempatan kami cite.. Ini first time masa cuti panjang ini kami manfaatkan sepenuhnya. Kalau difikirkan dulu...

Kerja kami masa cuti akhir tahun sekolah rendah dan masa tadika:-

~ Baring lurus dekat lantai rumah while emak jerit suruh bangun sebelum orang TERpijak.. Nak diri jalan pun malas.. bergerak while baring je.. alaa.. macam ulat.. HAHA . Tu cite sebelum ada laptop..

~ Duduk dan mengeluh tanpa sebab.. "Bosan.." *nampak sangat* "Apa laa nak jadi pada masa depan.." *amboi.. baru mur 6 tahun.. masa depan =P "Suatu hari nanti rumah ini akan kosong.." *Eh, macam ada maksud tersirat je.. Itulah realiti hidup yang menyedihkan.. semua orang yang kita sayang akan tinggalkan kita suatu hari nanti.. kiat juga akan mati suatu hari nanti baa..* "Kenapa kami rasa sedih dan rimas je.." *pulak.. kan? xD

~ Jerit kuat-kuat.. Gelak kuat-kuat tanpa sebab.. Hidup macam tak bermakna =,=lll

~ Menghitung hari sehingga sekolah mula.. Pula boleh dok 12 hari 3 jam 1 minit 55 saat lagi kami akan pergi sekolah =,="

~ Tahan nafas.. boleh tak sampai seminit.. sampai merah muka.. Tak sayang nyawa sungguh..

~ Landing atas tilam..

~ Tutup pintu utama dan guling-guling dekat ruang tamu sambil kira berapa gulingan sudah dibuat

~ Kacau semua orang dalam rumah

~ Duduk depan laptop hadap facebook dan main game 24 jam *selepas ada laptop dan wi-fi dalam rumah*

Tak nampak pula kami:-

~ Baca buku teks tahun depan.. conteng buku teks tuh ada laa.. =,="

~ Cuba belajar memasak atau menjahit.. *kan ada orang nak ajar dalam rumah tuh.. tak hargai langsung -,-

~ Baca surat khabar ke..

~ Tonton televisyen *at least tau sesuatu bagus juga..* #Jangan ingat kartun tak bermanfaat ye

~ dan lain-lain xD

Sekarang bila fikir balik rasa masa dibuang dengan sia-sia T_T Sekarang baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini.. belajar itu ini semua.. haha . At least kami sedar akan kesilapan =P Cuba fikir balik.. apa yang kita buat dulu.. Adakala kita akan rasa bangga dan adakala kita kasa nak hantuk kepala tuh.. eh.. kenapa dulu aku boleh buat benda bodoh tuh.. malunya ;*

Apapun.. apa yang sudah lalu itu memang sudah lalu.. kita tak dapat ubahnya lagi.. at least kita sedar akan kesilapan dan sentiasa berubah ke arah kebaikan..

Panjang berjela pula entri kali ini ye.. Haha.. ok korang mesti jenuh nak baca.. sorry, cara kami taip tuh macam cara kami baca jugalah.. sekali mula takleh stop xD Ok.. minta jari dulu ;)

1 ulasan:

  1. masa 24 jam tu masa yg standard..tp masa berbeza mengikut individu bergantung pd apa yg dia buat.

    BalasPadam