Stay connected kay? ^^

19 Disember 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com


Kenapa aku jadi blogger?

Entahlah.. panjang ceritanya. Hari ini kami rajin nak taip panjang-panjang..! =D Habislah korang yang baca nih =3 Ok, haha.. citernya camni.....

Dulu kami tak tau pun apa itu blog, jauh lagi nak faham apa maksud "blogger".. Kami tonton drama Kantonis Hong Kong tuh ada cite orang tuh bapa dia masuk hospital.. dia update pasal keadaan bapa dia dekat blog.. then tiba-tiba satu hari tuh masa bapa dia nak kena operation banyak orang hantar kad laa.. apa laa.. rupanya dia tak tau pun banyak orang baca blog dia dan dia terus jadi terkenal =P Masa tuh kami macam.. best juga blog nih xD

Tapi masa tuh kami takde laptop lagi.. takde wi-fi lagi.. jauh lagi nak ada blog.. padahal facebook tuh apa pon kami tak tau xD Tak mengikut peredaran zaman langsung =P Masa tuh kami cuma ada komputer yang rosak dalam bilik untuk 3 tahun.. Koma tak bangun-bangun xD Masa Darjah 5 dari pagi sampai malam kami pegang phone.. text dengan kawan.. phone tak pernah stop bunyi sampai semua orang tanya kami, "buat bisnes besar ke?" HAHAKS xD Maklumlah selain belajar dan phone takde apa-apa yang boleh dilakukan.

Ada sekali tuh masa text kawan, dia kata sedang online facebook. Kami tanya.. apa itu facebook? Dia jawab: Tempat u add kawan.. hmm.. tak tau laa camna nak terangkan.. Akhirnya.. Masa Darjah 6 bapa belikan laptop.. rumah pon dah ada wi-fi.. setelah 6 tahun  T_T

Pastu kami jumpa blog seorang tuh, kami tak ingat siapa.. masa search information untuk siapkan kerja yang cikgu mintak.. Kami pun buat blog.. masa tuh betul-betul "naif".. entah patut kata naif atau guna perkataan "bodoh" -,-" tak tau pulak akan ada orang baca.. tak tau pulak visit blog orang.. tak tau pulak privatekan bog padahal post semua yang.... private. KRIK . Ok.. pastu kami macam.. entahlah macam mana mulanya kami pun lupa.. Then terus berkembang sehingga hari ini dan akhirnya kami tau blog itu apa.. HAHA . T_T

Maaf, panjang berjela, semua yang tak berkaitan :P

2 ulasan:

  1. alhamdulilah terima kasih kerana sertai ^_^ kisah yang menarik

    BalasPadam
  2. datang singgah dari segmen yang sama.
    follow done.
    semoga berjaya.

    http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    BalasPadam