Stay connected kay? ^^

26 Oktober 2015

Penang Lee Jetty

Entri sambungan [Penang Chew Jetty] dan [Penang Tan Jetty]. Kali ini Penang Lee Jetty pula.. boleh baca versi English di [Penang Lee Jetty]. Biar gambar berbicara :)

Pintu masuk

Dua manusia ni la yang sembang dalam Hokkien dan bila kami nak baik diaorang kata "Perempuan dah balik" Hahaha pulok duh.. Kalau nak sembang pasal hasil tangkapan, cakap kuat tak pa, ni cakap pasal orang tu cakap kuat juga, tak perlu duh hahaha

Permandangan dari Lee Jetty :)

Penang Lee Jetty

Walaupun tak ada apa sangat yang menarik, tapi best juga jalan-jalan masuk situ, tengok seni bina rumah mereka. Best, dah sampai ke belum, korang yang baca ni? ;)

20 Oktober 2015

Movie: Goosebumps


Alkisahnya, pada hari Jumaat lepas. kami pergi tengok wayang lepas sekolah bersama Sun Ru. Tak ada plan pun, pergi 1st Avenue, tengok ada apa rembat je. Nampak ni, ada orang tu kata macam kartun, ok.. kita tengok apa yang berlaku!


Moh kita tonton trailer dulu ^^

Movie ni dia cerita tentang Zach yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran setelah kematian ayahnya. Ibunya membawanya pindah ke pinggir bandar di mana dia mengenali jiran barunya, Hannah. Namun, bapa Hannah tidak suka apabila Zach bergaul dengan anak perempuannya. Suatu petang, Zach keluar membuang sampah apabila dia ternampak Hannah yang curi-curi keluar dari rumah. Mereka berbual dan meluangkan masa bersama.

Malam tu Zach sedang mengulang kaji pelajaran apabila dia terdengar pertelingkahan Hannah dengan ayahnya. Ayah Hannah memarahinya kerana bercakap dengan Zach. Hannah cuba mempertahankan dirinya dan dengan tiba-tiba Zach terdengar jeritan Hannah. Dia terkejut lalu memanggil polis. Namun, dia pula yang akhirnya dikatakan membuat aduan palsu.

Zach tidak berpuas hati kerana dia khuatir Hannah diapa-apakan oleh ayahnya. Dia memanggil kawan barunya di sekolah, Cham untuk datang ke rumahnya. Mereka pecah masuk ke rumah Hannah apabila ayahnya keluar. Rumah tersebut didapati sangat pelik. Cham dalam cerita ni boleh dikatakan watak yang lucu, penakut dan sentiasa menimbulkan masalah.

Dengan tidak sengaja, mereka membuka salah sebuah buku di atas rak dan raksaksa salji keluar dari buku tersebut. Raksaksa tersebut tertolak salah sebuah buku yang lain dan ianya turut terbuka sama. Ianya menjadi masalah besar bagi bandar tersebut apabila satu demi satu makhluk ciptaan R.L. Stine, iaitu bapa Hannah dibebaskan ke dunia.

Sun Ru yang pada mulanya kata poster movie ni seperti kartun sangat terkejut. Banyak scene dalam movie ni yang macam bagi kita meremang bulu roma. Patutlah dipanggil Goosebumps. Banyak kali mereka dikejar dalam perjalanan ke sekolah Zach di mana typewritter R.L. Stine disimpan. Ini kerana hanya alat tersebut dapat menghasilkan buku yang mampu mengurung makhluk-makhluk itu semula.

Dalam keadaan yang genting, sempatkah mereka menghasilkan sebuah buku yang mampu mengurung semua makhluk itu semula? Atau sesuatu yang lain akan berlaku? Sebenarnya ada part-part yang macam sweet antara Zach dan Hannah dalam cerita ini. Jadi, adakah mereka akan bersama akhirnya? Adakah yang akan hidup? Tontonlah Goosebumps! :D

18 Oktober 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 5


Irene

Aku memandang ke bawah. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Ini bukanlah kali pertama aku menjejaki Bukit Bendera tetapi keindahan pagi ini luar biasa. Ya, sebab malam nanti aku bakal membuat persembahan, pertama kalinya, di Dewan Sri Pinang untuk suatu konsert peringkat antarabangsa. Bekal usaha yang berterusan, akhirnya impian aku bakal tercapai. Apa yang menyedihkan ialah Cindy tidak ada bersama untuk menyaksikan konsert tersebut.

Kawan masa suka dan duka, walaupun dia bersikap agar kasar, walaupun dia sentiasa menimbulkan masalah, tetapi suara lantangnyalah yang sentiasa menceriakan hari kami. Bukan seperti kami, Cindy merupakan seorang yang boleh dikatakan lurus bendul, sama seperti kanak-kanak. Dia sentiasa bercakap berterus-terang. Dia tidak sesekali akan bercakap sesuatu yang buruk di belakang sesiapa secara rahsia kerana kalau dia tidak puas hati, dia akan pergi berdepan dengan orang tu dan cakap depan dia. Itulah cara dia menimbulkan masalah. Katanya, tidak perlu berselindung. Walaupun dia begitu, hatinya baik. Harapnya Cindy akan cepat sembuh.

Fisya

Aku mengangkat tangan apabila Irene masuk. Pagi ini saya mengajak Devi, Nana dan Irene sarapan bersama. Kata Devi, dia ada hal sikit. Nana seperti biasa, bersikap acuh tidak acuh. Entahlah, mungkin dia tidak mahu berkawan dengan kami lagi. Aku senyum apabila Irene mengambil tempat duduknya. "Lama tunggu?" "Eh, tak.. aku pun baru sahaja sampai." "Aku je ke? Mana yang lain?" Irene melihat jam tangannya. "Devi kata makciknya balik Penang hari ni. Dia ada hal sedikit kat rumah." "Ooo.." Irene melihat aku. Dia seperti seba salah. "Mana.. Nana?" Irene menguis meja dengan garfu.

Dia memandangku. Aku memandangnya semula. Sayu. Tidak perlu dijelaskan. Kami berdua faham tentang itu. Nana sudah berubah. Suasana hening untuk seketika. Menyedari keadaan tersebut, aku segera senyum. "Jom, order makanan? Pergi dulu, saya jaga beg. Order cepat-cepat, aku lapaq." Irene segera mengeluarkan beg duitnya dan berlari-lari anak menuju ke kaunter makanan. Aku menggeleng melihat telatahnya.

Irene

Kenyangnya! Baru sahaja lepas sarapan dengan Fisya. Kononnya sarapan, sudah hampir tengah hari ni. Awal pagi tadi Fisya melawat Cindy. Aku pula melayan perasaan atas bukit, mana taknya kan.. "Nak pergi mana?" Fisya memandangku dengan gaya seperti aku telah menanyakan soalan paling bodoh dalam dunia. "Nak pergi mana lagi? Balik rumah! Malam ni konsert tu, balik rehat! Semalam bukan main lewat raptai tamat, pagi ni boleh pula bangun awal daki bukit. Hg ni memang nak jadi Steel Man ye?" Kan dah kena bebel? "Bukan Steel Man la, Steel Girl." "Ek eleh.."

Fisya berhenti secara tiba-tiba. "Kenapa ni?" Aku memandang Fisya yang terkejut. Mulutnya ternganga. Gayanya seolah-olah di hadapannya, seekor dinasaur sedang melihat kami. Aku tahu, ini bukan petanda yang baik. Perlahan-lahan, aku menoleh ke hadapan. Aku segera menekup mulut. Di depan kami, Nana duduk dengan seorang lelaki. Mereka berpegangan tangan dan lelaki tersebut memeluknya. Nana terkejut apabila ternampak kami. Dia segera menolak lelaki itu dan menjarakkan dirinya daripada lelaki tersebut.

"Kenapa ni baby?" Soalan tersebut seperti mencucuk hatiku. Aku berasa seperti ingin pitam. Rasa macam nak muntah pun ada. Walaupun bagi kami, kaum Cina yang bukan Islam ni, perkara ini tidaklah menjadi isu yang besar sangat bagi sesetengah orang tetapi aku berasa sedih melihat adegan depan mataku. "Astaghfirullahaladzim.." Akhirnya Fisya mendapat kekuatan untuk bersuara. Nana kelihatan sangat serba salah. Kenapa semua ini harus berlaku? Kenapa mesti hari ini, hari penting bagi aku ni..?

16 Oktober 2015

Quote #6


Most people have never learned that one of the main aims in life is to enjoy it. - Samuel Butler

14 Oktober 2015

Wordless Wednesday #5 : Flashback Anchor Idol Workshop


13 Oktober 2015

Terima kasih

Terima kasih.. Hmm..? Terima kasih sayang, kuucap padamu.. (amboi). Siapa pernah dengar lagu ni? Jom, iklan sekejap.. dengar lagu dulu..


Sebenarnya mengambil kesempatan menaip entri hari ini nak ucapkan terima kasih kepada seorang blogger ini.. Terima kasih auntie Paridah yang telah kongsikan entri Yun Sing sebelum ini tentang perpaduan [LINK INI] di blog beliau. [KLIK SINI] untuk ke entri tersebut. Tersenyum sendiri membaca komen-komen positif dari pembaca blog beliau. Yun Sing sudah jarang blogwalking sekarang sebab lappy yang dah kena virus. Buka satu halaman, keluar beribu-riban iklan. Nanti bila dah hantar repair, Yun Sing terjah korang balik ye. Nasib baik di-inform, kalau tak, sampai ke sudahlah tak tahu entri tersebut sudah dikongsikan. Terima kasih kembali :)

Tapi Yun Sing dekat sini ingin meminta maaf kepada seorang akak blogger ni. Sebab masa tu baru sahaja beliau komen sesuatu yang ada sedikit menyentuh tentang kaum (tapi bagi Yun Sing bukan sensitif pun), Yun Sing selamba sahaja taip entri tentang perpaduan. Lepas dapat mesej WhatsApp dari akak ni yang meminta maaf sebab ingat Yun Sing marah, baru teringat. Haduh.. Salah faham.. Dekat sini Yun Sing ingin memohon maaf sekali lagi..

P/S: Esok cuti.. hehehe ^^

12 Oktober 2015

Penang Tan Jetty

Sambungan.. hehe. Ni Clan jetty kedua yang dilawati selepas Chew Jetty. Kalau nak baca English version, bolehlah pergi blog satu lagi, klik dekat entri Penang Tan Jetty. Tanpa banyak berbicara, mari kita tengok gambar-gambarnya. Biarlah gambar berbicara ^^

Senang je nak cari. Hanya dengan mendongak..

Cantik kan permandangannya? Inilah Chew Jetty, petempatan terbesar .__.

Matahari sudah muncul!

Laut :)

Suka permandangan kat sini ^^

Finally, sarapan berhampiran dengan Tan Jetty. Kedai ni saja yang buka awal. Banyak juga pelanggan dia pagi-pagi. Untung buka awal. Siapa cepat, dia dapat! Muahahaha (erk?) Tapi ni kedai Cina la, makanan dia tak halal kwot. Tapi kawasan tu ada la tempat-tempat makan lain.. restoran ada. Kalau tak silap, ada nampak Subway juga. Apa pun, pelayan kedai ni peramah gila :)

Korang, bila nak ke Tan Jetty pula? :D

11 Oktober 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 4


Irene

Pintu kelasku diketuk. Aku buat tak tau je. Jangan nak menyibuk, Irene.. Siapkan essay ni! "Irene." Alamak, bala menimpa! Kenapa ni Mr Steve panggil? Kuangkat kepalaku. Kelibat Devi yang tercegat di depan kelas seperti modal ubat gigi Colgate menarik perhatianku. Segera aku meletakkan pen di atas meja dan menghampiri Devi. Potong stim betul. Orang baru nak masuk klimaks cerita di mana Alice masuk ke dalam rumah, dia masuk kacau!

Devi segera menarik aku keluar dari kelas. "Aku dah minta kebenaran Mr Steve nak pinjam kamu kejap." "Weyh, apa pinjam-pinjam? Kenapa ni?" "Ha, tau pun hg! Buat kerja macam nak masuk buku! Orang dah buat isyarat bagai sampai bersorak-sorak terlompat-lompat tepi pintu pun hg tak nampak! Nasib baik Devi ada. Kalau harapkan aku, duduklah hg dalam tu, English aku bukannya boleh pakai pun nak cakap dengan singa British tu." Alamak, Cindy dah bising. Kita hanya mampu senyum.

Nana

Aku berjalan masuk ke kawasan kaki lima blok B. Jenuhlah nak hadap soalan-soalan cikgu nanti. Sudahlah tadi kena dengan Cikgu Laila.. Aku merenung lantai sambil menghela nafas panjang. "NANAAA!!!!!" Alamak, terkejut! Skuad apa pula mereka, pagi-pagi jerit nama orang. Alamak, video tu! Habislah... Ok, sudah nampak Cindy yang nak mula menyerang. "Awal nampak?" Fisya memerli. Cindy meluru ke arahku lalu memelukku seperti bertahun-tahun tidak berjumpa. "Weyh!! Panjang umur hg sampai! Cikgu nak tengok video tu.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fisya

"Cindy, tadi masa aku datang, aku ada terjumpa William. Dia nak datang melawat awak. Tapi, dia tetiba mendapat panggilan kecemasan. Awak, bangunlah cepat. Sudah hampir seminggu awak tidur ni. Tak rindu ke dekat kami?" Aku menukar bunga dalam pasu yang terletak di sebelah katil Cindy. Aku duduk semula di kerusi sebelah Cindy. "Weyh, nak tau tak? Kawan kita Irene ada terlibat dalam persembahan malam ini. Sama-sama mendoakan dia berjaya, kay? Awak pun, awak kan ada impian nak sertai kejohanan peringkat kebangsaan, kan? Sembuh cepat ye, nanti bolehlah kita raikan kejayaan awak pula." Aku memandang dinding bilik wad Cindy. Keliling bilik kami hiasi dengan kad dan origami.

Devi

Komputer riba aku hidupkan. Aku memandang keindahan di depan mata. Inilah kawasan kegemaranku. Aku selalu melepak di sini. Aku sedih, aku ke sini. Aku gembira, aku ke sini. Aku marah, aku ke sini. Tempat ini sudah menjadi bagai rumah kedua bagiku. Kalau aku menghilang, tahulah kawan-kawan, mana nak datang cari aku. Kehidupan sebagai seorang blogger, buka sahaja komputer riba, terus ke blog.

Hari kelima. Terima kasih bagi rakan-rakan yang meninggalkan komen mendoakan Cindy. Bagi yang ingin mengetahui perkembangannya, hari ini masih seperti biasa. Cindy tidak memberikan tindak balas. Mengikut doktor yang merawatnya, peluang untuk Cindy sedar hanyalah 50%. Teruslah kita sama-sama berdoa dan berharap agar Cindy cepat sedar.

09 Oktober 2015

Quote #5


Ingatlah yang memisahkan kita, temboknya bukan agama, temboknya bukan budaya, bukan warna bangsa tetapi keegoaan, assabiyah, dan annaniyah. Kepelbagaian bangsa ini, bukan sekadar warna di atas fabrik, sebaliknya ia adalah benang-benang yang menyulam. Jika perpaduan ini umpama kesabaran mengait selembar benang, sabarlah sehingga menjadi kain.

Aaa.. perpaduan. Sebenarnya bangga hidup dalam negara yang berbagai bangsa ni. Sejak kecil lagi, masa umo 5 tahun emak hantar ke tadika kerajaan, sebab dekat dengan rumah. Masa tu la bergaul dengan pelbagai bangsa. Tapi, Yun Sing ni anti-sosial sikit, tak pandai bergaul. Ingat lagi mak pernah kata "Yun Sing, pergilah berkawan dengan budak cina tu. Mak kenal nenek dia." Tapi dia berlagak sombong pula huhu.. kanak-kanak.. kita pun xnk cari pasal la, blah je..

Mai sekolah rendah masih xpandai bergaul. Kawan-kawan semua ingat bisu. Selalu je duduk satu penjuru sorang-sorang. Last-last masa darjah 3 ada yg datang nk berkawan. Sorang tu berbangsa India. Sorang lagi Catholic. Kite ok je. Cakap-cakap, pastu mula dapat kawan. Yang peliknya, semua kawan rapat berbangsa India huhu~ Mai darjah 5 baru ada kawan Cina.

Sekarang dah masuk sekolah menengah, dah pandai pokpekpokpek, rasa bangga pula ehehe. Walaupun nampak pelik pada mata orang tapi biaq argh :) Last year kat kelas, pusing belah kanan cakap English, pusing kanan cakap melayu. To be honest, lagi banyak kawan berbangsa lain dari kawan Cina.

Tak kisah pun. Asalkan happy ^^ Bangsa tak dak kena mengena pun. Tapi yg sedihnya setiap kali nak keluar ngan kawan, keluarga mesti tanya, bangsa apa. Tak paham betul. Adakah bangsa begitu penting? "Bukan apa, Yun Sing. Tengok la kakak sepupu tu, masa sekolah banyak je kawan melayu dan india. Dah graduate tu tak keluar dah ngan diaorang. Lepas keje ada la tu kawan cina."

Masalahnya sekarang bukan apa. Bukan semua bangsa lain tu jahat. Bukan semua yang bangsa sendiri tu baik. Bukan kerana bangsa, kerana kita menilai seseorang individu itu- dirinya, bukan bangsanya. Dan biar argh, bukannya baik pun kita nak judge orang sebab diri kita pun tak sempurna. Yang penting kita kena tau la, ambil iktibar daripada pengajaran dan pengalaman hidup, jangan percaya sepenuhnya pada orang lain walaupun sangat rapat.

Takpe, mereka tak faham. Dulu sekolah cina, tu pun sampai tingkatan satu je, mungkin sebab tu takda kesedaran pasal ni sangat. Nk cakap melayu susah sikit, xreti sangat nampak jiran senyum je. Orang pun pelik.. anak dia sempoi je berutaqa hahaha.

#Saya Anak Malaysia :)

08 Oktober 2015

Mama-Miya Coconut IceCream @ Georgetown Penang

Sambungan cerita haritu --> Jalan-jalan cari pasal.. kali ni nak review hasil pemburuan pula, hehe.. Kita jalan-jalan cari makan.. Dalam kereta pusing area art street punyalah lama, untuk cari satu gerai ni.. Nak tengok? Meh kite belanja gambar ^^

Tadaa! Ni la gerainya. Eh ada model. Sorry la bro, kita nak amek gambo gerai wak enterprem. Tak sempat dah, kete nak jalan so kite rembat je..

Ingatkan nak pegi balik makan sekali lagi hehe motipnya nak amek gambar ni semula tapi ikutkan kalau nak tunggu memang berjanggut dh.. kita guna je la apa yang ada ye :3

Gerai pun macam tersorok sedikit, kat sebelah dalam. Nak cari susah sikit. Nanti korang pergi la cari, sambil mendapat inspirasi nk jalan-jalan kat art street, jangan lupa naik basikal sekali hikhik

Ni hasil pusing-pusing cari gerai dia. Walaupun susah cari parking, berbaloi juga.. sedap ehh coconut icecream dia. Budak yang tak suka kelapa pun makan sampai licin. Cer tanya Kak Nina. Mai sekali ngan air kelapa, murah jee.. RM7, boleh tuu.. mesti try, sedapppp.. Serius, sedap!

Kite diri situ tengok dia buat.. ada jelly (suka lettew).. ada jagung (ma faveret).. ada kacang (nyum nyum).. ada pineapple (wuish sedap).. soway gambar terlalu terang, effect tak bagus.. Boleh ke entri review Kak Nina.

Terliur tak? Ada teringin nak makan tu ok lettew.

Ni masa kami duk telan dengan rakusnya (amboi penggunaan kata dia), Kak Nina ngan ofis mate Kak Yani tengah duk photoshoot. Tadi kata "Itu tempat pelancong je yang amik gambar".. kan dah free-free jadi "pelancong" di negeri sendiri :p

Comel je mende ni..

Jom la sama-sama kita menyerang ke..

Mama-Miya Coconut IceCream @Georgetown Penang

Address: 143, Lebuh Pantai, George Town, 10300 Pulau Pinang

07 Oktober 2015

Wordless Wednesday #4


05 Oktober 2015

Penang Chew Jetty

Ni cerita bulan lepas kwot.. ke dua bulan lepas. Baru nak post, hehe~ Nak baca yang English version, kunjungilah blog kedua --> [Penang Chew Jetty] Dah rasa lama gila tak pergi jalan-jalan, rasa macam kena jalan-jalan tengok Penang dah, orang luar pun tau tempat-tempat kat Penang, kita yang duduk Penang 16 tahun ni asyik terperap kat rumah dan sekolah je.. so pagi-pagi Ahad kita jalan-jalan tengok Penang!! :D

Destinasi pertama, Chew Jetty. Awal pagi, pukul 7 lagi dah keluar rumah, naik Rapid terus ke jetty bus terminal. Kita turun je bas, jalan sikit ke arah kiri, yang kita ty nampak petrol station bagai. Jalan punyalah jalan, sampai juga kat Chew Jetty. Rasa macam makhluk asing pula masuk kawasan rumah orang hehe.. Biarlah gambar berbicara.

Ni kawasan luar tokong.. tokong apa tak tau. (Inilah contoh budak cina yg tak tahu apa-apa hahaha)

Cantik tau permandangan matahari terbit kat situ. Sayang lupa bawa kamera, gunalah kamera fon, nasib baik fon kamera cantik, kalau kena fon dulu memang nangis la hehe

Ni la tokongnya. Hmm..

Memang cantik gila permandangan kat situ. Ingat nak serang lagi lain kali, pergi awal sikit, bawa kamera hehehe

Ni kat bahagian luar, bila nak masuk tu. Tradisi orang dulu-dulu memang sukar difahami (atau hg yg tak tau haha kan dah kena)

The Chew Jetty Kongsi

Haa, ni kalau jalan macam Yun Sing, papan tanda ni la jadi petunjuk

Masa tu kejar masa sikit, nak pergi art class, jadi keluar rumah awal-awal, pergi awal-awal, blah awal-awal. Kalau pergi lambat sikit, dalam tu ty ada orang jual barang. Best gila .

Ni sedikit sebanyak tentang tempat tu, bila kita berkunjung ke sesuatu tempat, tak sah kalau tak google dan baca ^^

- Chew Jetty ni paling besar antara tujuh petempatan suku yang lain.
- Dibuka pada pertengahan abad 19
- Komunitinya sudah wujud kat situ sejak lebih dari seratus tahun lagi
- Rumah kepada satu daripada tujuh suku yang berhijrah dari China: suku Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh, Koay dan satu jetty yang didiami pelbagai suku yang berlainan

Maklumat dari: http://www.penang-traveltips.com/chew-jetty.htm

Kita ringkaskan dan terjemah kepada bahasa melayu je, kalau salah maaf ye, tolong betulkan :)

P/S: Jom jom lain kali kita ambil gambar matahari terbit? (hehee)

04 Oktober 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 3


Fisya

"This is the application of Charles' Law. When.." suara cikgu semakin tidak kedengaran. Pandangan menjadi semakin kabur. Tup! Pen yang dipegang terjatuh, mencorak buku Fizikku. Aku terkejut. "Charles' Law says that.." sekali lagi aku tidak dapat menahan ngantuk. Kepalaku terasa semakin berat. Segera aku duduk tegak, menampar mukaku. "Fisya, jangan tido, Fisya.." Aku meneguk air mineral yang dibawa dari rumah. "Ok, open to page 59." Akhirnya, cikgu dah habis ajar, nak suruh buat latihan ler tu. Apa lagi, TIDO!!

Baru sahaja aku meletakkan kepalaku di atas meja.. "Aduh, mak kau Charles' Law!" Aku segera menekup mulutku. Terburai ketawa rakan-rakan sekelasku. Aku tidak berani mengangkat muka, memandang sekeliling. Aku hanya sempat menoleh ke kanan. "Apa cuit orang pagi pagi ni? Sakit laa!!" Aku menjadi hairan apabila dia asyik membuat isyarat supaya aku memandang hadapan. 'Alamak. Ni mesti cikgu marah sebab aku tido.'

Perlahan-lahan aku mengangkat kepala dan memandang ke hadapan. Mulutku ternganga. Bila pula mat salleh ni masuk? "This is your new classmate. William, please introduce yourself." "Hi, everyone! My name is William. I just came back from Australia last year. I studied in private school for a year. I'm transferring here after realizing I could not communicate well with Malay. I hope we can be friends. Sila bagi tun-juk a jar." Kami semua ketawa terkekek-kekek mendengar ayat terakhir William.

Cindy

"Argh! Serabut!! Mengapa tak imbang-imbang lagi?!" Argh!!! Tertekannya hidup! Kelas Akaun pagi-pagi!! Akaun.. akaun.. akaun.. hadeh! "Cindy, jangan tarik rambut, nanti botak.." Satu kelas ketawa. Aduh.. cikgu ni, nak buat lawak pun cari la masa yang sesuai. Ni tak, orang tengah serabut boleh pula buat lawak.."Sorry ye, cikgu, nak jumpa Cindy sat.." Alamak! Aku kenal sangat suara tu. 'Cikgu Mastura.. mesti cikgu nak tanya tentang video persaraan tu. Nana ni nak kena makan kasut dah..'

Aku segera ke luar kelas. "Cindy, video yang cikgu minta tu macam mana? Satgi cikgu ada mesyuarat dengan cikgu-cikgu lain, cikgu nak kena bentang." "Video tu ada dekat Nana, cikgu. Boleh tak kalau saya nak mintak kat dia pastu kami cari cikgu." "Ok, cikgu ada dekat laman ilmu, tau." "Hmm, ok cikgu." Seusai meminta kebenaran, aku ke kelas Nana. Yeay, takde cikgu!! Aku selamba je masuk kelas. Devi masih tidur. 'Hadeh minah ni.. tak cukup-cukup ke tido dari pagi tadi..'

Aku menggoyangkan tubuhnya. "Sayang, bangun, sayang.. penting ni.. hoi?! Bangun ler.." Devi membuka matanya lalu menuturkan sesuatu dalam bahasa ibundanya. "Adeh.. mamai pula dia.. bangun!! Takyah duk cakap Tamil ngan aku.. Nana pocillek? Aduh.." Aku berterusan menggoyangkan tubuhnya. Tiba-tiba, dia berdiri. "Jom." "Nak ke mana pula??" "Bukan nak pergi beli akhbar ke?" Aku menepuk dahi. "Mana Nana?" Devi memandang sekeliling. "Mana Nana? Eh, Nana tak mai ke?" Aduh.. minah ni tak boleh harap langsung..

03 Oktober 2015

Frozen - Love Is An Open Door


Anna:
Okay, can I just, say something crazy?

Hans:
I love crazy!

Anna:
All my life has been a series of doors in my face
And then suddenly I bump into you

Hans:
I was thinking the same thing! 'Cause like
I've been searching my whole life to find my own place
And maybe it's the party talking or the chocolate fondue

Anna:
But with you
Hans:
But with you

Hans:
I found my place
Anna:
I see your face

Both:
And it's nothing like I've ever known before
Love is an open door
Love is an open door
Love is an open door

Anna:
With you
Hans:
With you
Anna:
With you
Hans:
With you

Both:
Love is an open door

Hans:
I mean it's crazy
Anna:
What?

Hans:
We finish each other's
Anna:
Sandwiches

Hans:
That's what I was gonna say!

Anna:
I've never met someone

Both:
Who thinks so much like me
Jinx! Jinx again!
Our mental synchronization
Can have but one explanation

Hans:
You
Anna:
And I
Hans:
Were
Anna:
Just

Both:
Meant to be

Anna:
Say goodbye
Hans:
Say goodbye

Both:
To the pain of the past
We don't have to feel it any more
Love is an open door
Love is an open door
Life can be so much more

Anna:
With you
Hans:
With you
Anna:
With you
Hans:
With you

Both:
Love is an open door

Hans:
Can I say something crazy? Will you marry me?
Anna:
Can I say something even crazier? Yes!

02 Oktober 2015

Quotes #4


Tahun ni tak nak beraya rumah jiran2. Cukuplah tahun lepas, satu kampung hampir bergaduh bila semua berebut nak jadikan aku menantu xD

Hahaha.

Weyh, ni bukan quote. Ni lawak. Lebih kepada perasan lol...