Hai. Jarang Yun Sing nak ulas berita ni. Belum lagi tahu pasal ini? Haa,, Baca dekat
Tandas sekolah kena 30sen dapat perhatian menteri (malaysiakini). Nampak dekat group sekolah. Tu yang beberapa hari yang lepas terjumpa dekat fb page Penang Kini sekarang dekat Malaysia Kini. Apa ni.. Discroll-scroll komen dekat berita tu. Uish..!
Dekat facebook penuh kena dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Guru pun ada sekali. Ex pelajar pun ada. Komen panjang-panjang. Yun Sing masa tu sedang buat kerja rumah, tak sempat nak sound sikit. Hehe. Tapi bila baca komen-komen kat berita tadi tu memang nak kena komen sikit dekat situ.
Credit: fb page Penang Kini
Sebenarnya cerita dia macam ni. Sekolah ni sentiasa menghabiskan beribu riban nak baiki tandas sekolah. Jadinya, setiap kali perhimpunan sekolah sentiasa cikgu-cikgu bebel pasal tandas. Siapa yang kotorkan dan rosakkan? "Kami.." Dengan hati yang berat walaupun saya tak buat (hahaha). Siap tolong makcik cleaner cuci lagi tandas tu. Bukannya semua orang yang buat pun. Ni yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.
Masa cuti akhir tahun 2015, saya ada kembali ke sekolah. Waa.. tandas sedang dibaik pulih. Amboi cantik benor.. Semua mata ibu bapa dan adik-beradik pelajar tertumpu pada tandas yang separuh siap itu. Kami pelajar pun, tak kisah la kami pelajar yang datang ambil buku teks tingkatan 5 ke atau pelajar yang ambil result PT3 semua mata terlekat pada permandangan tersebut. Yun Sing siap dengar ada orang komen "Cantik toilet."
Ok. Memang tandas cantik gila. Baru. Bersih. Cantik. Nampak high class. Mai-mai hari pertama sekolah tengok-tengok terkunci. Dengar kata kena bayar 30 sen untuk masuk. Ok.. datang hari keempat, ada pula makcik yang duduk depan tandas dengan meja, bekas dan kertas. Waa.. nak masuk kena tulis details dan bayar. Dengar kata 20 sen ja. Memang 20 sen ja pon! Lebih ja 30 sen -_-
Tetiba dekat page tu muncul pula post tu. Banyak la students yang tak puas hati sangat. "20 sen ja pon nak kecoh.." "Weyh gambar depa amek cedok kat mana.. google ka? Tak pernah pun nampak makcik tu kat sekolah. Tandas ja pon. Gambar macam kena pukul. Ambil gambar sesuka hati boleh dikenakan copyright. Drama sangat." "Apedia St Menengah George? Excuse me.. SMK(P)St. George!"
Berdebatlah semua dekat page tu.. Boleh baca dekat
sini. Keesokan harinya masuk ja kelas semua kecoh pasal ni. "Dengaq kata JPN dah suruh berhenti kutip duit." "Haa..? Apa?! Jangan la! Nanti kotoq tandas tu :(" "Kita boleh dakwa page tu tau.." "Jom kita complain, suruh pengetua kutip duit semula!" "Hahaha pelik-pelik manusia zaman ni.. nak kutip pun kecoh, tak kutip pun kecoh.." But you guys get the point. Tak kutip duit nanti kotor balik, tak ke naya? Bagi sakit hati ja sekolah keluarkan duit bagi tandas cantik-cantik. Kami yang memang jaga tandas elok-elok pak pak dah kotor. Tak ke sedih..
Ok kat sini nak cakap..
1. Ada yang buat pengiraan kos yang akan dibelanjakan oleh seorang pelajar semata-mata untuk masuk tandas. Saya memang tak pernah masuk tandas tu. Bukan sebab kena bayar tapi sebab tak kerap sangat ke tandas. Masa nak ke tandas, berada jauh dari tandas tu jadi masuk je tandas lain. Hello, ingat ramai ke yang pergi tandas lima kali sehari kat sekolah? Buat apa? Lawatan?
2. Kena bayar? Satu tandas saja pun. Come on, grow up people.. tandas percuma ada berlambak.. Tu, diri depan tandas berbayar tu tengok depan. Di hujung blok sana ada tandas. Dua pula tu. Free kan? Jalan sikit, sampai. Settle. Tak perlu bayar.
3. Duit yang dikutip akan disalurkan balik kepada kami sebagai pelajar. Jadi apa salahnya nak kutip? Sama ja seperti anda memberi duit PIBG.
Entahlah parent siapa yang pergi komplain tu. Parent yang komplain tu rasanya tak pernah lagi masuk tandas sekolah kot. Macam tak tau keadaan tandas kalau tindakan begini tak diambil. Kalau nak buat aduan, datang ke sekolah. Jangan pergi sampai libatkan pihak luar tau ;)
Femes sekolah kitaorang sekarang. My last year. Pengetua's last year. Harapnya tak jadi apa-apa yang bagi kami takkan lupa sampai bila-bila. Benda yang baik takpa. Benda yang buruk jangan. Sekian. :)