Stay connected kay? ^^

21 Oktober 2014

Annabelle

PT3 dah habis.. apa lagi? Kita lepak! Hahaha (bagus punya perangai PBS pun tak siap lagi) Boleh rujuk entry Lepak-lepak selepas PT3 ^^


Nak tempek juga gambar hahaha.. Dapat spot Yun Sing tak? Selama-lamanya menjadi spoiler gambar Hehehe.. Ini gambar hari Ahad yang lepas punya, pergi berbasikal & singgah dekat Chew Jetty~ Gambar credit to Aurora le Penangnites hahaha

Cut the crap! Kali ini nak review filem ini. Horror woo~ Siapa dah tengok? Siapa yang tak berani tengok? Hehehe~

Gambar takde, taknak nanti orang dok seronok-seronok scroll dalam blog ini tetiba tanpa amaran gambar Annabelle pop out boleh kena heart attack depan ni.

Movie ini taklah menakutkan sangat. Ok saja :) Mungkin sebab Yun Sing ini pelik sikit, orang kata menakutkan, le me rasa sedih hahaha siap menangis lagi part akhir tu *sobs*

Oklah cite dia macam ni.. Mula-mula tu takyah takut sangat.., takde pape pun, lek je.. siap ada part-part sweet lagi.. part seram mula pada malam selepas husband dia hadiahkan patung Annabelle tu.. Bila anak perempuan jiran mereka mengamalkan ajaran sesat kembali ke rumah pada malam tersebut. Lepas tu satu keluarga mati .__. Rumah jiran pingpingpangpang, mestilah pergi tengok apa berlaku, kan.. so si husband pergi check rumah jiran, meninggalkan isteri yang pregnant dalam rumah yang ada patung Annabelle tu.

Husband dia balik berlari-lari dengan berlumuran darah, suruh isteri dia telefon ambulans segera. Isteri dia pun cepat-cepat masuk dalam rumah telefon ambulans. Masa tu keluarga jiran punya soul datang ke rumah dia gitu. Entahlah tak berapa nak faham part tu. Seorang tu pergi ambil patung Annabelle tu.. "I like your doll." Lepas tu, dia mati dekat situ. Darahnya menitis ke dalam mata si Annabelle. Rasanya mula dari situ segala-galanya bermula.

Duduk dalam rumah yang agak haunted ni bukannya mudah weyh. Lepas si isteri ini lahirkan anak perempuan yang dinamakan Leah, baru mereka berpindah sebab takleh tahan. Patung Annabelle tu dah dibuang. Tapi, bila pindah masuk rumah baru, buka kotak terakhir, patung tu ada dekat situ. Si isteri tak sampai hati nak buang. Simpanlah patung tu.

Lepas tu si isteri selalu nampak benda pelik-pelik semua.. pernah kena kejar dan sebagainya. Sian dia, husband kerja night shift, dia kena face perkara ini dekat rumah. Sepanjang tinggal dekat kawasan baru tu, mereka kenal dengan seorang perempuan ni yang baik hati. Beliau buka kedai buku. Si isteri ini memintanya menceritakan tentang ajaran sesat yang menghantui hidupnya. Ajaran sesat itu menuntut jiwa manusia.. soul gitu.. dan mereka tengah target Leah, baby tu. Depa takleh amik saja, soul tu perlu dipersembahkan.

Satu malam tu baby Leah hilang. Ibunya panik. Siap baling-baling Annabelle semua dok jerit tanya mereka nak apa. "Her soul." Tak ada cara lain ke? Tingkap terbuka. "Your soul." Demi menyelamatkan anaknya. Nasib baik si suami sempat balik. Si isteri bertegas nak terjun, untuk selamatkan anak perempuannya, Leah. Akhirnya si pemilik kedai buku ni korbankan diri untuk Leah.

Part tu lah le me dok nangis xD Semua orang dok nganga, jerit, ketawa semua le me dok sedap je tertidur hahaha bangun-bangun nangis tak menepati genre movie betul xD Sun Ru dok kat sebelah ni asal keluar je apa-apa mesti bergegar kerusi ni hahaha movie ni boleh tahan best.. Balik-balik tak takut pun. 3 hari kemudian baru takut haha amek..

Bolehlah.. bagi rating 4/5 ;)

13 ulasan:

  1. Cantiknya gambar..sya belum ada masa nak tengok movie Annabelle tu..teruja nak tengok

    BalasPadam
  2. Seram citer nie.....

    BalasPadam
  3. huhu..xsuka cerita serm berunsur patung..huhu..scary kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patung tu semakin tengok semakin menakutkan kwot x3

      Padam
  4. hahahhaa kaksha bagi 1/10... macam kejam lak.... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakkan cite seram memang kejam, kak :3

      Padam
  5. amboi sakan dia jalan yeee habis exam :D cecomel aje semua yang amek gambar tu.. chew jetty memang cantik and clear blue sky yang penting hihi..

    anabel..? tak apelah hahaha akak tak tengok horor film..

    BalasPadam
  6. kahkahkah. kelakar okay review yun sing. sun ru tak leh tahan, bergegar kerusi ye. haha. memang pelik r yun sing :)

    BalasPadam
  7. Akak takut sikit kalau cerita seram ni.
    Tapi, betul ke x menakutkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa nak menakutkan kalau nak banding dengan cite lain yang Yun Sing pernah tengok. Sebab cite ni jarang sikit ada pop-out hantu yang muka besar-besar melekat pada screen tu.. adegan kena kejar pun satu je kalau nak dibandingkan dengan cite seperti Mama dan Projek Hiroshima tu :3

      Padam
  8. hahaha.. tak jumpa jalan p jetty. sob2.. kayuh beskal dah mcm marathon. boleh la kata seram. try p tgk ouija . haha. asal muka jd spoiler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. siannya....... owh.. tgklah kalau nanti free ingat lagi pergi tgk :) Suka apa jadi spoiler hahaha

      Padam