Stay connected kay? ^^

26 Ogos 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Bermula 2 September

Alamak alamak Rindu Awak 200% nak habis dah.. Huhuhu.. apa la yang akan jadi kan.. saja je nak letak episode terakhir hari Isnin =,=" Bermulalah pernantian yang tidak berpenhujung ye.. (hehee) Ye, betul! Yang menggantikannya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna..

Bermula 2 September ye ^^

Bermula: 2 September 2014
Setiap Isnin-Khamis 7 petang
Slot: Slot Akasia
Channel: TV3
Penerbitan: Kaki Novel

Sinopsis:
Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan. Walaubagaimanapun, Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati.Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan.
Luqman ditangkap khalwat. Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya pada Melina?

Senarai pelakon:
Luqman- Fahrin Ahmad
Melina: Sara Ali
Zetty- Tasha Shilla
Haris- Hefny
Datin Maziah: Amy Mastura


 



16 ulasan:

  1. Akak dh baca novel...best giler...tp knp fahrin jd hero???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh.. nak baca juga novelnya ^^ Entahlah.. masa mula-mula dimaklumkan pasal cite ni pun macam kenapa Fahrin jadi hero? Haha

      Padam
  2. wah dh jadi pengulas drama tv pula ya..

    BalasPadam
  3. Ala macam tak best je. Hehe. Mesti pasni rindu nak tgk rindu awk 200% :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju :) Mula-mula je rasa tak best.. lama-lama best la tu :) Semua drama memang gitu ma.. hehe

      Padam
  4. wahhh fahrin ada ni... tentu best...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    BalasPadam
  5. assalamalaikum yun...mcm best jer...

    BalasPadam
  6. oh dah nak habis cerita rindu 200% tu yer.

    BalasPadam
  7. Wahh...tak sabar nak tengok cerita ni...

    BalasPadam
  8. Wahh...tak sabar nak tengok cerita ni...

    BalasPadam
  9. Berapa episode sume?
    Akak xpernah tgk pun.
    Tapi, tau ramai yang minat gile.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok mula.. berapa episod tu.. hmm.. entahlah :3

      Padam
  10. haduh kena tangkap khalwat tu yg xberapa syok.. taknk layan drama ni. ahaha

    BalasPadam