Stay connected kay? ^^

12 September 2014

Phobia [Part 2] - Kategori

Hai :) Jom sambung part 2? ^^ Baca Part 1 [kalau nak, tak paksa-paksa ^^]


Fobia ini dikategorikan kepada 3 jenis..


1. Social Phobia


  • Takut akan orang lain atau situasi [contoh: persembahan]
  • Takut akan dimalukan oleh penelitian orang lain
  • Dibahagikan kepada 2 jenis lagi iaitu:-
  • - generalized (yang general la maksudnya)
  • - specific (takut pada orang yang tertentu atau ada rahsia peribadi yang takut dibocorkan apabila berhadapan situasi yang boleh mengkantoikan diri tu mereka jadi fobia)
  • Sesiapa yang ada fobia ini akan rasa merendah diri [bagi mereka ini kononnya mereka sedar diri mereka tak boleh buat, sedar diri ini bodoh.. puih (sebab saya pernah fikir macam tu.. puih tu untuk diri ye)] yang sedikit-sedikit mengembang menjadi ketakutan yang teramat sangat
  • Biasanya fobia ini hanya untuk yang sudah matang (dah hit puberty la katakan)
  • Fobia ini meningkat mengikut usia
  • Kebanyakan orang dewasa yang ada fobia ini dipinggirkan oleh rakan sebaya dan kajian menunjukkan 20%nya mengalami tekanan dan kemurungan..

2. Specific Phobia


  • Takut kepada pencetus panik (contoh: ular, air, ketinggian, takut akan mendapat sesetengah penyakit dan sebagainya)
  • Benda/aktiviti/situasi dsb yang difobiakan itu akan mencetuskan ketakutan yang melampau dan individu mungkin akan hilang kawalan, panik dan pengsan
  • Fobia ini biasanya dialami oleh kanak-kanak/remaja antara umur 10-13 tahun
  • Kanak-kanak berumur antara 7-9 tahun mungkin akan fobia akan; haiwan, kegelapan dan darah/suntikan/dan yang berkaitan [Wiki kata ni normal]

3. Agoraphobia


  • Takut nak keluar rumah atau kawansan yang 'selamat' bagi mereka
  • Ianya mungkin disebabkan oleh fobia yang spesifik (contoh: fobia terhadap kawasan terbuka, fobia yang berkaitan dengan sosial, fobia akan pencemaran dan sebagainya)

13 ulasan:

  1. Kalau phobia bawak motor tepi lori macam zumal nie kategori mana yer ? ^_^

    BalasPadam
  2. AB rasa AB ni tergolong dalam social phobia kot. tak yakin diri sendir. rasa orang macam tak suka kat kita..huhuuhuh

    BalasPadam
  3. alamak social phobia kot. lagi2 kalau sambil pegang paper. boleh detect sebab kertas pon ikot gerak. hehe

    BalasPadam
  4. Rasanya akak ada sosial phobia

    BalasPadam
  5. Bagus ni..
    Dah boleh study medical ni.

    BalasPadam
  6. hahaa.. xdak lg fobia teruk selain lipas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. eh eh *tunjuk* lipas terbang laa :p

      Padam
    2. haha.. lipas terbang selalunya lari masuk bilik

      Padam